Kelabu
Hidupnya dipenuhi warna hitam, putih dan kelabu. Tiada warna biru muda, merah jambu, ungu violet mahupun kuning air. Hidupnya diibaratkan seperti melihat rancangan televisyen tahun 50-an. Tiada seri, tiada kemeriahan.
Hidupnya dikelilingi oleh buku-buku. Tidak kisahlah buku novel cinta, ensklopedia, kamus pelbagai bahasa ada pun majalah-majalah gosip yang terkemuka. Dia menghabiskan masanya dengan membaca, langsung tiada nafsu untuk bersosial mencari teman. Baginya, buat apa berkawan kalau akan berpisah juga akhirnya.
Jika ada seseorang yang ingin menghampirinya, dia akan cuba sedaya upaya untuk menolaknya sebelum mukhadimah persahabatan itu hadir. Jika dia disoal mengapa dia tiada kawan, jawapannya mudah sahaja "Aku tak suka berkawan, kau sibuk kenapa?"
Orang sering melabelnya sombong namun dia langsung tidak cepat melatah. Biarkan lah dia dicop sedemikian. Lagi mudah. Dengan itu tidak akan ada sesiapa yang ingin berkawan dengannya. Dia lebih senang begitu. Ini hidupnya.
Baginya persahabatan hanya buang masa, buang tenaga serta menyeksa jiwa dan raga. Dia tidak mahu membazirkan air matanya kerana itu dia tidak mempunyai rakan. Dia berjanji kepada dirinya agar tidak terlalu mempercayai seseorang dan tidak mahu melibatkan perasaan dalam sesuatu perhubungan. Kerana dia percaya, dikemudian hari mereka yang bertemu akan berpisah dan jika pertemuan itu melibatkan perasaan dan perpisahan itu juga akan melibatkan perasaan. Perasaan perit dan pahit.
Dia tidak mahu perasaan perit itu hadir. Dia tidak mahu menyakitkan diri sendiri. Ya. Dia memang pengecut kerana tidak berani mengambil risiko tetapi ini hatinya dia lebih arif tentang perasaan sendiri. Dia lebih tahu diri sendiri daripada orang lain. Tiada sesiapa hanya dia.
Tetapi kadang-kadang terusik juga jiwa kecilnya. Terkadang, perasaan sunyi itu hinggap juga di jendela hatinya namun benteng ego yang dibina dengan penuh kesungguhan itu tidak mudah dirobohkan. Dia cepat-cepat mengusir perasaan itu. Dia tidak perlukan teman. Dia tetap kuat walaupun bersendirian.
Namun begitu lah lumrah hidup, tidak kiralah betapa kuat dan teguh sesebuah monumen itu, pasti juga akan mula rosak dan luntur dimamah usia. Begitu juga dia. Semakin matangnya dia, semakin kerap kesunyian itu bertandang. Dan ketika itu lah ada sinar dihujung terowong yang gelap gelita.
Sang peneman datang tanpa diduga. Pertemuan mereka juga tidak dirancang. Dengan sekelip mata mereka mula rapat. Dia pernah juga menyoalkan keputusan yang dia lakukan, adakah benteng pertahanan yang dia bina selama ini akan musnah begitu sahaja?
Tiap kali terpandang senyuman Sang peneman entah kenapa dia jadi tidak kisah. Biarlah benteng itu roboh, biarlah benteng itu runtuh. Kerana dia tidak pernah rasakan perasaan yang sebegini sebelum ini. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perasaan itu. Yang dia tahu, perasaan itu hanya hadir takkala dia meluangkan masa bersama Sang peneman.
Baginya Sang peneman sangat istimewa. Dia selesa bersama dengan Sang peneman. Tidak kira dimana dia berada, mindanya akan dipenuhi dengan wajah, senyuman, mata dan lenggok badan kepunyaan Sang peneman.
Tipulah jika mereka sentiasa sehaluan, ada juga pergaduhan tetapi tidak lama kerana Sang peneman mempunyai mulut yang sukakan gula-gula dan dia telah terlalu meletakkan seluruh jiwa dan raganya di dalam bulatan milik mereka berdua.
Mereka kembali berbaik. Sang peneman berjanji tidak akan melukai hatinya. Dan dia kerana sudah selesa mempunyai teman, dia tidak mahu untuk kembali ke zaman sunyinya. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan jalinan antara dia dan Sang peneman.
Tetapi itu tidak tahan lama kerana cita rasa Sang peneman sudah berubah daripada sukakan benda yang manis kepada sukakan makanan pedas. Dan kepedasan dan kepedihan itu terpalit pada dia.
Akhirnya dia sedar akan suatu perkara, dia terlalu mudah mempercayai. Usahanya membina benteng itu nampaknya sia-sia kerana dia terpaksa membinanya semula. Dia terlalu bodoh. Dia didustai oleh seorang insan yang telah berjaya menjumpai kunci hatinya. Tetapi insan itu tidak setia, dia pergi seperti mereka yang lain. Dia terlalu bodoh.
Nampaknya dia terpaksa kembali ke dunia asalnya. Dunia yang dipenuhi hitam, kelabu dan putih. Itu dunianya. Dan dia hanya sesuai di situ.
Tidak perlu korek tentang sebab kenapa aku tulis sedemikian. Cuma perlu baca, hadamkan dan tepuk dada kau sendiri.
pic: WeHeartIt
3 Comments
Sometimes it does hurt when you had the one that you totally trust but in the end, the person broke everything.. But, people do make mistake and it's an undeniable fact.. :D
ReplyDeleteIt's hurt so much that sometimes it feel like you're giving up your life because of that. This had happened to me and the wound still has it sensational and leaving an ugly scar behind.
DeleteI'm experiencing the same thing dear.. In fact, I am still wounded but somehow, deep inside, I just wish and I do believe that one day, someone would cure the wound.. Maybe.. It's just the matter of time.. Well, it's been years for me and sometimes, I do want to have someone but somehow, there's no one that I could trust so yeah.. I'm with you. Stay strong...:D
DeletePlease be nice while commenting