Life Update
Assalamualaikum.
Rasa macam dah lama sangat tak update entry blog. Passion untuk menulis masih ada cuma kerajinan itu yang masih dicari. Aku sendiri tak tahu kenapa aku dah tak rajin menulis sebenarnya. In fact aku still dalam krisis mencari identiti diri sendiri sebenarnya.
Saja nak share mengenai life update. After a long journey, finally I graduated with First Class Degree and Alhamdullilah dah jadi degree holder dah pun. Jatuh bangun waktu belajar tu tak usah cerita lah. Cabaran dia semua tapi semua dah lepas, kira jadikan kenangan dan pedoman sahaja lah kan.
Percaya atau tidak, aku dah mula kerja dah pun. Siapa sangka aku dah kerja and alhamdullilah bekerja di bidang yang aku belajar. Baru sahaja melapor diri dan telah juga berhijrah ke kota walaupun hati masih tidak rela. Jujur aku kata, aku masih lagi latih dan ajar hati untuk redha dengan aturan Allah.
Isu dia mungkin tidak cukup besar untuk orang lain tapi besar untuk aku. Dilahirkan, dibesarkan dan sehingga habis belajar memang di negeri utara dan akhirnya terpaksa berpindah ke selatan memang agak menggangu emosi. Bukan itu sahaja, aku dah biasa duduk di bawah teduhan keluarga dan kawan-kawan yang memang aku rapat. Tapi bila masuk alam pekerjaan aku terpaksa berpindah dan duduk dengan orang yang baharu. Langsung tak kenal dan hanya ada aku sahaja yang aku kenal di sini.
Benda ni lah yang masih membuatkan aku masih cuba untuk menerima realiti berpijak kepada bumi yang nyata bahawa aku sudah berada di sini. Nak taknak aku terpaksa jugak hadap sebab memang sudah tertulis aku akan berkhidmat di sini, jauh daripada keluarga, jauh daripada negeri kelahiran dan jauh dari zon selesa aku sebelum ini.
Aku dah mention sebelum ni salah satu benda yang aku takutkan ialah perubahan. Aku jenis susah untuk keluar dari zon selesa dan agak lambat untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu. Perkara ni agak take toll on me. I do not find myself enjoying my passion anymore, I feel restless. Aku nak balik, aku taknak duduk sini! Jujur kata aku memang taknak! Tapi aku tak boleh nak buat apa, nak taknak aku kena hadap jugak.
Macam aku cakap, benda ni mungkin kedengaran remeh bagi orang lain. Orang cakap lain orang lain struggle dia. Aku dah tak se-happy dulu. Mungkin akan ambil masa. Aku cuba untuk sesuaikan diri, cuba untuk cari benda untuk aku enjoy. I tried and always trying. Aku akan cuba untuk jadi versi yang lebih baik untuk paksa diri keluar dari zon selesa.
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
Selalu pujuk hati yang semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan menzalimi hambanya. Aku yakin perancangan Allah lagi hebat. Selalu jugak ulang yang tanggungjawab aku besar dan mungkin Allah letak aku di sini untuk aku belajar banyak benda dan mungkin khidmat aku diperlukan di sini. Aku belum nampak lagi rahmat yang Allah nak tunjuk kat aku sebabtu aku kena bersabar dan kuat.
Yang paling penting aku kena jalankan amanah yang diberikan. Jaga biarkan rasa negatif ni menyelubungi diri. Tanggungjawab aku besar dan aku harus jalankan amanah ini. Insha Allah. Doakan aku untuk terus kuat dan boleh jalankan kepercayaan ini.
Itu je kot update untuk hari ini. Mungkin aku akan kembali menulis sebab macam best pulak berkongsi rasa dekat sini. Jumpa di lain entry. Babai
0 Comments
Please be nice while commenting