dinie with an E






vintage, typewriter, and hipster image






Assalamualaikum w.b.t and Salam ukhuwah. Hadoii...




Hari ni aku nak membebel sikit pasal benda yang mungkin kita buat sama ada sedar tak sedar. Bukannya apa aku ni cepat naik semak mata tengok benda-benda yang serabut and tak kemas. Nak kata perfectionist tu ahh, jauh mangai aku nak capai tahap perfectionist tapi aku suka benda yang aku tumpu tu nampak kemas.

Aku nak buat acah acah misteri sikit nak suruh meneka apa benda yang menyemakkan mata aku sangat tapi malas pulak, karang tak faham apa yang aku nak sampaikan. Buat penat aku membebal bagai nak rak last last orang tak faham.

Aku ni ada masalah sikit tengok perkataan, words yang dieja jadi short form. Benda tu memang buat aku sakit mata. Bagi aku kalau nak tulis, kau tulis kasi penuh lah weh. Dah jadi benda lain dah aku baca. Menimbulkan salah faham dan dosa kering kat aku memaki si fulan dan si fulanah yang mengeja teruk kemain mengalahkan budak-budak tadika.

Bukannya aku mintak kau menaip, menulis kat laman sosial especially, guna ayat berbunga, tangkap leleh, layan blues kejadah apa semua tu. Tak! Aku just mintak apa yang kau nak sampaikan tu kau bagi clear. Ini menjadi masalah kepada orang yang macam aku yang tak reti naak baca short form.

Aku still boleh ikut kalau ke-short form-an tu standard. Tapi agak-agak lah kau nak eja aku jadi AQ, Tak jadi X. Kau faham tak benda tu buat semak mata. Ibaratkan orang hantar essay or resume dekat kau tak ikut format. NaMa sAyA wAk muSh. Tak ke rasa sakit hati.

Mungkin dah ada yang terbiasa tapi frankly speaking, benda tu nampak hodoh gila. Bukannya tercabut jari kau kalau kau tulis bagi molek-molek. Weh, aku paling malas nak baca orang yang tulis short form ni, memang taubat lahum aku tak baca even urgent macam mana pun benda tu.

Agak-agaklah nak menulis pun hakak, abam, adik oiii. Sekarang jadi skunk... memang tak tercapai dek akal aku. Macam mana lah benda tu boleh terhasil daripada perkataan sekarang, jauh beza kot. Bahasa rempit segala mak nenek tu betul-betul buat aku berapi.

Aku tak paksa korang tulis ayat berbunga-bunga or what just mintak korang jaga martabat Bahasa Melayu kita. Eja bagi lah elok-elok. Kan manis dipandang and benda tu nampak lah formal sikit. Cuba bayangkan, kau nak tegur someone, niat kau baik nak tegur orang tu nak sampaikan dakwah tapi dengan cara kau menaip/menulis tu dah macam jari bengkak kena gigit lebah, kau rasa ada orang nak baca. And the important thing is, ada orang pandang serius ke apa yang kau cuba sampaikan?

Alah, lek ahh. Tak larinya tweet Twitter kalau kau tulis penuh. Kalau asyik nak ligan words required untuk tweet tu samapi ke sudah kau tak boleh tulis. Takut jadi kebiasaan lah weh. Lagu mana nak tulis essay panjang-panjang kalau kau mengeja pun payah macam nak nazak?

Kau tulis short form yang parah macam tu, buat kau nampak sangat uneducated kau tau? Kau nampak macam orang yang tak pergi sekolah. Aku tau benda ni sound harsh tapi tu lah realiti dia. Tak kisahlah kau nak mix bahasa Melayu sekali dengan bahasa Inggeris pun, kalau boleh kau jaga lah ejaan kau. Karang payah pulak kau nak jawab SPM Kertas 2 Bahasa Melayu kalau kau tak ubah perangai buruk kau, payah pulak kau nak hantar kerja khusus kau yang bombastic kalau kau ada masalah mengeja.

Orang Melayu ni penting kan kekemasan dan adab sopan. Kalau kau eja elok-elok, lawa-lawa, molek-molek kan manis orang pandang. Pergi mati lah kalau orang nak kata kau nampak skema kalau eja penuh. Honestly, aku selalu kena macam tu. Tapi aku malas nak ambil pusing sebab aku selesa macam tu. Macam aku kata tadi, aku suka benda yang aku tengok nampak kemas.

Aku harap boleh lah kot, cuba ubah-ubah kesalahan kecil tak seberapa ni. Eja bagi kemas jangan nampak macam budak tak berpelajaran. Cuba bagi first impression yang bagus dekat orang. Kau nampak kemas, orang pun suka berkawan dengan kau. Habis cerita!




Kalau kau asyik fikir orang punya pendapat bila kau nak maju?










Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments





Most popular tags for this image include: hurt, quote, lies, sad and black and white








Hidupnya dipenuhi warna hitam, putih dan kelabu. Tiada warna biru muda, merah jambu, ungu violet mahupun kuning air. Hidupnya diibaratkan seperti melihat rancangan televisyen tahun 50-an. Tiada seri, tiada kemeriahan.

Hidupnya dikelilingi oleh buku-buku. Tidak kisahlah buku novel cinta, ensklopedia, kamus pelbagai bahasa ada pun majalah-majalah gosip yang terkemuka. Dia menghabiskan masanya dengan membaca, langsung tiada nafsu untuk bersosial mencari teman. Baginya, buat apa berkawan kalau akan berpisah juga akhirnya. 

Jika ada seseorang yang ingin menghampirinya, dia akan cuba sedaya upaya untuk menolaknya sebelum mukhadimah persahabatan itu hadir. Jika dia disoal mengapa dia tiada kawan, jawapannya mudah sahaja "Aku tak suka berkawan, kau sibuk kenapa?" 

Orang sering melabelnya sombong namun dia langsung tidak cepat melatah. Biarkan lah dia dicop sedemikian. Lagi mudah. Dengan itu tidak akan ada sesiapa yang ingin berkawan dengannya. Dia lebih senang begitu. Ini hidupnya.

Baginya persahabatan hanya buang masa, buang tenaga serta menyeksa jiwa dan raga. Dia tidak mahu membazirkan air matanya kerana itu dia tidak mempunyai rakan. Dia berjanji kepada dirinya agar tidak terlalu mempercayai seseorang dan tidak mahu melibatkan perasaan dalam sesuatu perhubungan. Kerana dia percaya, dikemudian hari mereka yang bertemu akan berpisah dan jika pertemuan itu melibatkan perasaan dan perpisahan itu juga akan melibatkan perasaan. Perasaan perit dan pahit.

Dia tidak mahu perasaan perit itu hadir. Dia tidak mahu menyakitkan diri sendiri. Ya. Dia memang pengecut kerana tidak berani mengambil risiko tetapi ini hatinya dia lebih arif tentang perasaan sendiri. Dia lebih tahu diri sendiri daripada orang lain. Tiada sesiapa hanya dia.

Tetapi kadang-kadang terusik juga jiwa kecilnya. Terkadang, perasaan sunyi itu hinggap juga di jendela hatinya namun benteng ego yang dibina dengan penuh kesungguhan itu tidak mudah dirobohkan. Dia cepat-cepat mengusir perasaan itu. Dia tidak perlukan teman. Dia tetap kuat walaupun bersendirian. 

Namun begitu lah lumrah hidup, tidak kiralah betapa kuat dan teguh sesebuah monumen itu, pasti juga akan mula rosak dan luntur dimamah usia. Begitu juga dia. Semakin matangnya dia, semakin kerap kesunyian itu bertandang. Dan ketika itu lah ada sinar dihujung terowong yang gelap gelita.

Sang peneman datang tanpa diduga. Pertemuan mereka juga tidak dirancang. Dengan sekelip mata mereka mula rapat. Dia pernah juga menyoalkan keputusan yang dia lakukan, adakah benteng pertahanan yang dia bina selama ini akan musnah begitu sahaja?

Tiap kali terpandang senyuman Sang peneman entah kenapa dia jadi tidak kisah. Biarlah benteng itu roboh, biarlah benteng itu runtuh. Kerana dia tidak pernah rasakan perasaan yang sebegini sebelum ini. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perasaan itu. Yang dia tahu, perasaan itu hanya hadir takkala dia meluangkan masa bersama Sang peneman.

Baginya Sang peneman sangat istimewa. Dia selesa bersama dengan Sang peneman. Tidak kira dimana dia berada, mindanya akan dipenuhi dengan wajah, senyuman, mata dan lenggok badan kepunyaan Sang peneman.

Tipulah jika mereka sentiasa sehaluan, ada juga pergaduhan tetapi tidak lama kerana Sang peneman mempunyai mulut yang sukakan gula-gula dan dia telah terlalu meletakkan seluruh jiwa dan raganya di dalam bulatan milik mereka berdua.

Mereka kembali berbaik. Sang peneman berjanji tidak akan melukai hatinya. Dan dia kerana sudah selesa mempunyai teman, dia tidak mahu untuk kembali ke zaman sunyinya. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan jalinan antara dia dan Sang peneman.

Tetapi itu tidak tahan lama kerana cita rasa Sang peneman sudah berubah daripada sukakan benda yang manis kepada sukakan makanan pedas. Dan kepedasan dan kepedihan itu terpalit pada dia.

Akhirnya dia sedar akan suatu perkara, dia terlalu mudah mempercayai. Usahanya membina benteng itu nampaknya sia-sia kerana dia terpaksa membinanya semula. Dia terlalu bodoh. Dia didustai oleh seorang insan yang telah berjaya menjumpai kunci hatinya. Tetapi insan itu tidak setia, dia pergi seperti mereka yang lain. Dia terlalu bodoh.

Nampaknya dia terpaksa kembali ke dunia asalnya. Dunia yang dipenuhi hitam, kelabu dan putih. Itu dunianya. Dan dia hanya sesuai di situ. 





Tidak perlu korek tentang sebab kenapa aku tulis sedemikian. Cuma perlu baca, hadamkan dan tepuk dada kau sendiri.







pic: WeHeartIt 





Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
















hujan dan matahari;





Dia melemparkan pandanganya ke luar tingkap, memerhati landskap alam yang mula bersinar setelah awan mendung pergi dan membebaskan matahari untuk memancarkan cahaya.



Exactly, dia memang amat sukakan suasana sebegini. Waktu selepas hujan, di mana matahari memancarkan sinarnya yang membuatkan bumi yang dibahasi hujan kelihatan hidup semula.








Hujan dianggap sebagai tangisan langit, Berkongsi waktu dukanya untuk tatapan seluruh isi perut bumi. Warnanya gelap, hanya kesejukkan yang bertandang serta kelembapan yang tidak disukai. Bagi manusia hujan menyusahkan, hujan hanya membawa mesej buruk, mesej sedih.


Kanak-kanak kecewa tidak dapat bermain di luar kerana hujan, baju-baju di ampaian yang tidak kering membuatkan si ibu mengeluh, pasangan kekasih menjadi marah kerana hujan telag merosakan perfect date mereka.

Namun mereka langsung tidak pernah nampak walaupun sekelumit jasa hujan. Hujan telah menyelamatkan pokok-pokok yang hampir layu kekurangan air. Pokok-pokok bunga yang lupa disiram telah pun dibereskanoleh hujan. Bukan itu sahaja, hujan tellah menyelamatkan manusia daripada dehydration, hujan telah menyelamatkan nyawa manusia.

Tetapi manusia masih juga belum mengerti. Masih lagi buta dengan kebaikan yang dilimpahkan oleh hujan. Oleh itu, terkadang hujan menampakkan amarahnya. Guruh berdentuman, kilat sabung menyabung, angin bertiup kencang dan kesejukkan yang mencengkam sehingga tulang sumsum. Itu lah amarah hujan yang hanya ditunjukkan sekali sekala.

Manusia masih juga buta dan tuli.



Tetapi tidak matahari. Matahari tidak pernah salahkan hujan. Bagi matahari hujanlah penyelamatnya. Kerana hujan, pokok-pokok dapat hidup dan melakukan photosynthesis yang memberi kebaikan bukan kepada pohon itu sendiri tetapi kepada seluruh isi bumi. Air yang tersejat dari bumi oleh cahaya dan haba matahari di bawa oleh awan pembantu hujan. Dan apabila beban air itu tidak tertahan lagi untuk ditanggung, air itu turun sebagai hujan.

Dan manusia menyalahkan hujan, bukan menunding jari kepada matahari yang membawa air itu menyebabkan awan terpaksa menanggung beban itu.

Oleh kerana pengorbanan hujan, matahari cuba untuk membantu hujan. Agar hujan dapat reputasi yang bagus, sebagus pengorbanannya.

Matahari membantu mencantikkan hujan, dimana cahaya dari matahari membuatkan titisan hujan yang membasahi bumi kelihatan bersinar. Sungguh indah suasananya. Membuatkan hujan berasa sangat gembira, kerana manusia akhirnya memujinya dengan bantuan matahari.


Subhanallah, cantiknya dan agungnya ciptaan Tuhan.







Perkara itu membuatkan dia tersedar akan sesuatu perkara. Dia ingin menjadi seperti hujan yang terus berbakti walaupun jasanya tidak dikenang, walaupun dia dipersalahkan namun dia tetap membuat kebaikan kepada semua makhluk.

Tetapi dia juga sedar yang dia perlu mencari mataharinya. Seseorang yang dapat menerima dirinya walaupun dia tidak dapat diterima oleh orang disekelilingnya. Matahari yang sentiasi di sisinya pada waktu suka mahupun duka.

Dan yang paling penting, matahari yang dapat membantu dia menyerlah kecantikan dirinya yang dia sendiri tidak pernah lihat.





Deeyan Annuar






Actually aku sendiri tak tahu apa yang aku tulis. Lels. Idea ni datang secara tiba-tiba. Aku sedang cuba nak baiki penulisan aku. Hope this as a fresh start.





Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments










Assalamualaikum w.b.t and Salam Maulidur Rasul.

Saja nak tulis blog disebabkan aku mereputkan rumah tak tau nak buat apa. Siapa sangkan kehidupan lepas SPM ni tersangatlah membosankan. Masa aku belajar dulu kat sekolah, punyalah cepat nak habis sebab tak larat dah nak sumbat dalam kepala ni and stress menggunung buatkan aku rasa macam nak putus asa.

Banyak kali jugak ahh aku rasa macam tu. Aku tau putus asa tu sifat yang tak elok tapi I couldn't help myself feeling that way. Entah lah, benda tu datang tanpa diundang tahu tak. Kadang-kadang kau okay je, bila kau start duduk sensorang memikirkan apa yang kau belajar, macam mana kau nak hadap SPM, apa nasib kau dekat Uni nanti, benda tu akan datang sendiri.

Tapi aku cepat cepat beristighfar. Ingat balik dekat Allah. Ingatkan balik yang aku kejar ilmu ni untuk apa. Aku nak banggakan umat Islam. Dah tak larat nak tengok bangsa lain memonopoli kerjaya. Bukannya nak racist ke apa tau. Tapi kau bangsa Melayu, bangsa majoriti dekat Malaysia. And of course, kau proud Muslim.

Islam galakkan kau tuntut ilmu. Allah janjikan kebaikan dan pahala yang berlipat kali ganda untuk orang yang berusaha tuntut ilmu. Tuntut ilmu disamakan dengan berjihad weh. Betapa tingginya darjat orang yang tuntut ilmu sebab cari ilmu dikira berjihad.

Tapi sekarang bangsa lain yang lagi hebat daripada kita orang Islam. Entah entah nanti, Malaysia ni dah tak jadi negara Islam sebab bangsa lain dah mula nak memonopoli pentadbiran pulak Aku rasa banyak kali dah benda ni bahaskan. Dah berapa banyak ceramah sama ada secara langsung ataupun menggunakan media sosial sebagai medium untuk sampaikan benda ni tapi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri babe!

Aku tau sebab aku sendiri pun student. Betapa payahnya ku nak bangun dari katil empuk kau untuk ke sekolah. Betapa kau doa cikgu-cikgu banyak tak datang sebab malas nak belajar. Betapa seksanya kau nak tahan daripada buat benda yang kau suka sebab kau ada homework to be done. I totally understand that.

Itulah hakikatnya. Kau sebagai pelajar, memang tugas kau study. Nothing else. But it doesn't not mean yang kau tak payah buat benda lain. Kira benda lain tu macam side dish. Study is a must. First priority. Tapi bukan takat belajar je weh, benda lain kena buat jugak.

Buat apa kau belajar bagai nak rak tapi hubungan kau dengan Allah ke laut weh. Takde kurangnya masa belajar kau kalau kau tunggu kejap lepas solat untuk tadarus Al-Quran. Confession: Frankly speaking ahh, aku pun takde lah buat benda ni selalu. And kadang-kadang time nak exam baru aku pecut gear lima untuk buat benda ni. Solat awal waktu, baca Al-Quran, solat sunat selalu. Aku tau aku salah. Nampak sangat aku just buat sebab nak exam. Aku tau yang aku totally wrong. Tapi aku akan try untuk ubah diri aku.

Niat dalam hati. Ikhlaskan diri daam beribadat. Bukan sebab exam semata-mata tapi sebab memang tanggungjawab kau sebagai hamba memang kena beribadat. Sama-samalah kita berubah yaa.

Aku tau nak ikhlaskan diri dalam belajar ni payah. Lagi-lagi dengan ledakan teknologi sekarang. Macam-macam godaan tapi takpa kita try redah sama-sama. Kalau kau ada kawan untuk strive hard together of course kau punya semangat akan lagi membara.

Nak belajar ni kau kena jaga hubungan dengan Allah, manusia dan semua makhluk. Tu jee tips dia. Aky rasa kalau semua manusia excellent dalam benda ni, of course kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Nak belajar akan rasa tenang, pelajar pun takkan rasa stress sangat. Sama sama lah kita usaha untuk kita dan agama, okay?



pic cr: rareandbeautifulwords



Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments




clean-lines:
“ That’s the problem with being born in New York, the old newsman observed a little sadly. You’ve got no New York to run away to.
”







Assalamualaikum w.b.t and Salam Sejahtera.


Actually aku rasa agak kekok nak tulis blog disebabkan aku dah lama gila tak tulis blog. Blog aku sebelum ni dah di-delete-kan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dikongsi. Kawan-kawan aku asyik tanya aku "Weh kau tak tulis blog dah ke?" Aku pulak tak tau nak jawab apa.

Aku ingat dekat blog ni aku nak share pasal penulisan aku, kira first step untuk ambil langkah lagi serius dalam bidang penulisan ni lah. Aku dah lama sebenarnya minat menulis tapi aku lebih cenderung kepada penulisan cerita ahh. Ala ala novel gituu.

Tapi aku punya strongest point bukannya genre romance and stuff, aku lebih kepada thriller and mystery. Benda macam ni lagi payah nak tulis sebenarnya. Kau nak kena cari perfect untuk describe satu crime tu supaya kau punya readers dapat goosebumps bila baca.

Kebanyakkan cerita thriller and mystery yang aku selalu baca dekat Aff, Fixi and kat tempat tempat lain jugak, bagi aku kebanyakkan dia macam tak logik tau dak. Aku kadang kadang macam aikk, tau lah kau pembunuh tapi agak agak lah kau boleh terjun daripada tingkat 5 kondo tapi kau tak cedera langsung.

Aku nak buat satu cerita thriller yang logik, dekat dengan situasi masa sekarang and yang paling penting, ada pengajaran yang aku dapat deliver melalui penulisan aku. Bukan setakat thriller semata mata.

Blog ni macam medium untuk aku kembangkan bakat aku yang tak seberapa ni lah. Adik aku and kengkawan aku ada jugak suruh aku tulis satu story and then hantaar dekat Fixi. Alhamdullilah, cerita tu dalam proses sekarang tapi bapak ahhh, sekali dia datang penyakit malaih dia!! Ya ampun, idea punyalah mencurah curah bagaikan Air Terjun Nirgahana, bila nak menulis, jari ni rasa macam keras.

Aku harap penyakit malaih and writer block aku ni tak tahan lama lah. Bukan apa, takut angan angan Mat Jenin jaa. Buang masa je macam tu. Hahahahahahaa


Kalau sekali malas datang, aku nak bernafas pun kadang kadang malas. Teruk betul.



Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Newer Posts

About me

About Me

Dee. 24. Menulis adalah terapi untuk mengosongkan minda yang serabut.

Image by Freepik

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Blog Archive

  • July 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (2)
  • March 2017 (3)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)

Chatbox

Followers

Created with by ThemeXpose