dinie with an E

 


Assalamualaikum and hollaaa I'm back. 


Ya Allah! Lama rasanya tak menulis. Siapa sangka benda yang jadi satu passion dulu, hilang begitu sahaja macam tidak pernah wujud di atas muka bumi ini. Tapi tak mengapa, kita cuba kumpul balik semangat yang lama dan bina balik diri yang baharu, lebih baik daripada sebelum ini. 

Saja nak update. Sekarang dah masuk bulan Julai. And guess what?? Dah hampir setengah tahun rupanya aku bekerja di tempat baharu, kerja baharu dengan orang baharu bersama diri aku yang baharu. Banyak benda yang aku perlu belajar, especially in term of personaliti, kredibiliti dan intergriti sebagai seorang guru. 

Nak jadi pendidik bukannya mudah. Diri sendiri pun tak terdidik, tak terbawa apatah lagi nak memanusiakan manusia. Alhamdullilah aku ada support system yang bagus dan rakan sejawat yang baik belaka. Walaupun terkadang tersungkur juga kerana jalan yang dilalui berliku tapi masih lagi bangkit dan melangkah terus ke hadapan. 

Sedang cuba memperbaiki diri, mengasah diri dan merubah diri menjadi lebih baik, lebih matang dan lebih berwawasan. Dengan izin Allah. Banyak benda sebenarnya yang aku nak cuba buat, nak cuba sesuatu yang baharu orang kata. Walaupun sebenarnya perubahan itu sangat menakutkan bagi aku. Jika itu yang diperlukan untuk menjadi better version of myself, aku akan cuba tempuh. 

Doakan aku semuanya. Doakan juga aku bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk menulis. Sebenarnya memang rindu betul untuk menulis tapi apakan daya, bila duduk je depan laptop terus fikiran hilang, hilang fokus, hilang semangat. Jadi hari ini aku mencuba lagi dan Alhamdullilah siap dah satu post. Harapnya aku istiqamah. Seronok juga menulis kembali dan kita cuba untuk kekal begini. 

Semoga berjumpa lagi di post yang akan datang. 


Photo by lil artsy from Pexels: https://www.pexels.com/photo/person-holding-yellow-sunflower-1624076/





Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments





Most popular tags for this image include: hurt, quote, lies, sad and black and white








Hidupnya dipenuhi warna hitam, putih dan kelabu. Tiada warna biru muda, merah jambu, ungu violet mahupun kuning air. Hidupnya diibaratkan seperti melihat rancangan televisyen tahun 50-an. Tiada seri, tiada kemeriahan.

Hidupnya dikelilingi oleh buku-buku. Tidak kisahlah buku novel cinta, ensklopedia, kamus pelbagai bahasa ada pun majalah-majalah gosip yang terkemuka. Dia menghabiskan masanya dengan membaca, langsung tiada nafsu untuk bersosial mencari teman. Baginya, buat apa berkawan kalau akan berpisah juga akhirnya. 

Jika ada seseorang yang ingin menghampirinya, dia akan cuba sedaya upaya untuk menolaknya sebelum mukhadimah persahabatan itu hadir. Jika dia disoal mengapa dia tiada kawan, jawapannya mudah sahaja "Aku tak suka berkawan, kau sibuk kenapa?" 

Orang sering melabelnya sombong namun dia langsung tidak cepat melatah. Biarkan lah dia dicop sedemikian. Lagi mudah. Dengan itu tidak akan ada sesiapa yang ingin berkawan dengannya. Dia lebih senang begitu. Ini hidupnya.

Baginya persahabatan hanya buang masa, buang tenaga serta menyeksa jiwa dan raga. Dia tidak mahu membazirkan air matanya kerana itu dia tidak mempunyai rakan. Dia berjanji kepada dirinya agar tidak terlalu mempercayai seseorang dan tidak mahu melibatkan perasaan dalam sesuatu perhubungan. Kerana dia percaya, dikemudian hari mereka yang bertemu akan berpisah dan jika pertemuan itu melibatkan perasaan dan perpisahan itu juga akan melibatkan perasaan. Perasaan perit dan pahit.

Dia tidak mahu perasaan perit itu hadir. Dia tidak mahu menyakitkan diri sendiri. Ya. Dia memang pengecut kerana tidak berani mengambil risiko tetapi ini hatinya dia lebih arif tentang perasaan sendiri. Dia lebih tahu diri sendiri daripada orang lain. Tiada sesiapa hanya dia.

Tetapi kadang-kadang terusik juga jiwa kecilnya. Terkadang, perasaan sunyi itu hinggap juga di jendela hatinya namun benteng ego yang dibina dengan penuh kesungguhan itu tidak mudah dirobohkan. Dia cepat-cepat mengusir perasaan itu. Dia tidak perlukan teman. Dia tetap kuat walaupun bersendirian. 

Namun begitu lah lumrah hidup, tidak kiralah betapa kuat dan teguh sesebuah monumen itu, pasti juga akan mula rosak dan luntur dimamah usia. Begitu juga dia. Semakin matangnya dia, semakin kerap kesunyian itu bertandang. Dan ketika itu lah ada sinar dihujung terowong yang gelap gelita.

Sang peneman datang tanpa diduga. Pertemuan mereka juga tidak dirancang. Dengan sekelip mata mereka mula rapat. Dia pernah juga menyoalkan keputusan yang dia lakukan, adakah benteng pertahanan yang dia bina selama ini akan musnah begitu sahaja?

Tiap kali terpandang senyuman Sang peneman entah kenapa dia jadi tidak kisah. Biarlah benteng itu roboh, biarlah benteng itu runtuh. Kerana dia tidak pernah rasakan perasaan yang sebegini sebelum ini. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perasaan itu. Yang dia tahu, perasaan itu hanya hadir takkala dia meluangkan masa bersama Sang peneman.

Baginya Sang peneman sangat istimewa. Dia selesa bersama dengan Sang peneman. Tidak kira dimana dia berada, mindanya akan dipenuhi dengan wajah, senyuman, mata dan lenggok badan kepunyaan Sang peneman.

Tipulah jika mereka sentiasa sehaluan, ada juga pergaduhan tetapi tidak lama kerana Sang peneman mempunyai mulut yang sukakan gula-gula dan dia telah terlalu meletakkan seluruh jiwa dan raganya di dalam bulatan milik mereka berdua.

Mereka kembali berbaik. Sang peneman berjanji tidak akan melukai hatinya. Dan dia kerana sudah selesa mempunyai teman, dia tidak mahu untuk kembali ke zaman sunyinya. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan jalinan antara dia dan Sang peneman.

Tetapi itu tidak tahan lama kerana cita rasa Sang peneman sudah berubah daripada sukakan benda yang manis kepada sukakan makanan pedas. Dan kepedasan dan kepedihan itu terpalit pada dia.

Akhirnya dia sedar akan suatu perkara, dia terlalu mudah mempercayai. Usahanya membina benteng itu nampaknya sia-sia kerana dia terpaksa membinanya semula. Dia terlalu bodoh. Dia didustai oleh seorang insan yang telah berjaya menjumpai kunci hatinya. Tetapi insan itu tidak setia, dia pergi seperti mereka yang lain. Dia terlalu bodoh.

Nampaknya dia terpaksa kembali ke dunia asalnya. Dunia yang dipenuhi hitam, kelabu dan putih. Itu dunianya. Dan dia hanya sesuai di situ. 





Tidak perlu korek tentang sebab kenapa aku tulis sedemikian. Cuma perlu baca, hadamkan dan tepuk dada kau sendiri.







pic: WeHeartIt 





Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
















hujan dan matahari;





Dia melemparkan pandanganya ke luar tingkap, memerhati landskap alam yang mula bersinar setelah awan mendung pergi dan membebaskan matahari untuk memancarkan cahaya.



Exactly, dia memang amat sukakan suasana sebegini. Waktu selepas hujan, di mana matahari memancarkan sinarnya yang membuatkan bumi yang dibahasi hujan kelihatan hidup semula.








Hujan dianggap sebagai tangisan langit, Berkongsi waktu dukanya untuk tatapan seluruh isi perut bumi. Warnanya gelap, hanya kesejukkan yang bertandang serta kelembapan yang tidak disukai. Bagi manusia hujan menyusahkan, hujan hanya membawa mesej buruk, mesej sedih.


Kanak-kanak kecewa tidak dapat bermain di luar kerana hujan, baju-baju di ampaian yang tidak kering membuatkan si ibu mengeluh, pasangan kekasih menjadi marah kerana hujan telag merosakan perfect date mereka.

Namun mereka langsung tidak pernah nampak walaupun sekelumit jasa hujan. Hujan telah menyelamatkan pokok-pokok yang hampir layu kekurangan air. Pokok-pokok bunga yang lupa disiram telah pun dibereskanoleh hujan. Bukan itu sahaja, hujan tellah menyelamatkan manusia daripada dehydration, hujan telah menyelamatkan nyawa manusia.

Tetapi manusia masih juga belum mengerti. Masih lagi buta dengan kebaikan yang dilimpahkan oleh hujan. Oleh itu, terkadang hujan menampakkan amarahnya. Guruh berdentuman, kilat sabung menyabung, angin bertiup kencang dan kesejukkan yang mencengkam sehingga tulang sumsum. Itu lah amarah hujan yang hanya ditunjukkan sekali sekala.

Manusia masih juga buta dan tuli.



Tetapi tidak matahari. Matahari tidak pernah salahkan hujan. Bagi matahari hujanlah penyelamatnya. Kerana hujan, pokok-pokok dapat hidup dan melakukan photosynthesis yang memberi kebaikan bukan kepada pohon itu sendiri tetapi kepada seluruh isi bumi. Air yang tersejat dari bumi oleh cahaya dan haba matahari di bawa oleh awan pembantu hujan. Dan apabila beban air itu tidak tertahan lagi untuk ditanggung, air itu turun sebagai hujan.

Dan manusia menyalahkan hujan, bukan menunding jari kepada matahari yang membawa air itu menyebabkan awan terpaksa menanggung beban itu.

Oleh kerana pengorbanan hujan, matahari cuba untuk membantu hujan. Agar hujan dapat reputasi yang bagus, sebagus pengorbanannya.

Matahari membantu mencantikkan hujan, dimana cahaya dari matahari membuatkan titisan hujan yang membasahi bumi kelihatan bersinar. Sungguh indah suasananya. Membuatkan hujan berasa sangat gembira, kerana manusia akhirnya memujinya dengan bantuan matahari.


Subhanallah, cantiknya dan agungnya ciptaan Tuhan.







Perkara itu membuatkan dia tersedar akan sesuatu perkara. Dia ingin menjadi seperti hujan yang terus berbakti walaupun jasanya tidak dikenang, walaupun dia dipersalahkan namun dia tetap membuat kebaikan kepada semua makhluk.

Tetapi dia juga sedar yang dia perlu mencari mataharinya. Seseorang yang dapat menerima dirinya walaupun dia tidak dapat diterima oleh orang disekelilingnya. Matahari yang sentiasi di sisinya pada waktu suka mahupun duka.

Dan yang paling penting, matahari yang dapat membantu dia menyerlah kecantikan dirinya yang dia sendiri tidak pernah lihat.





Deeyan Annuar






Actually aku sendiri tak tahu apa yang aku tulis. Lels. Idea ni datang secara tiba-tiba. Aku sedang cuba nak baiki penulisan aku. Hope this as a fresh start.





Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments
Older Posts

About me

About Me

Dee. 24. Menulis adalah terapi untuk mengosongkan minda yang serabut.

Image by Freepik

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Blog Archive

  • July 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (2)
  • March 2017 (3)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)

Chatbox

Followers

Created with by ThemeXpose