dinie with an E

 


Assalamualaikum and hollaaa I'm back. 


Ya Allah! Lama rasanya tak menulis. Siapa sangka benda yang jadi satu passion dulu, hilang begitu sahaja macam tidak pernah wujud di atas muka bumi ini. Tapi tak mengapa, kita cuba kumpul balik semangat yang lama dan bina balik diri yang baharu, lebih baik daripada sebelum ini. 

Saja nak update. Sekarang dah masuk bulan Julai. And guess what?? Dah hampir setengah tahun rupanya aku bekerja di tempat baharu, kerja baharu dengan orang baharu bersama diri aku yang baharu. Banyak benda yang aku perlu belajar, especially in term of personaliti, kredibiliti dan intergriti sebagai seorang guru. 

Nak jadi pendidik bukannya mudah. Diri sendiri pun tak terdidik, tak terbawa apatah lagi nak memanusiakan manusia. Alhamdullilah aku ada support system yang bagus dan rakan sejawat yang baik belaka. Walaupun terkadang tersungkur juga kerana jalan yang dilalui berliku tapi masih lagi bangkit dan melangkah terus ke hadapan. 

Sedang cuba memperbaiki diri, mengasah diri dan merubah diri menjadi lebih baik, lebih matang dan lebih berwawasan. Dengan izin Allah. Banyak benda sebenarnya yang aku nak cuba buat, nak cuba sesuatu yang baharu orang kata. Walaupun sebenarnya perubahan itu sangat menakutkan bagi aku. Jika itu yang diperlukan untuk menjadi better version of myself, aku akan cuba tempuh. 

Doakan aku semuanya. Doakan juga aku bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk menulis. Sebenarnya memang rindu betul untuk menulis tapi apakan daya, bila duduk je depan laptop terus fikiran hilang, hilang fokus, hilang semangat. Jadi hari ini aku mencuba lagi dan Alhamdullilah siap dah satu post. Harapnya aku istiqamah. Seronok juga menulis kembali dan kita cuba untuk kekal begini. 

Semoga berjumpa lagi di post yang akan datang. 


Photo by lil artsy from Pexels: https://www.pexels.com/photo/person-holding-yellow-sunflower-1624076/





Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments

 



Assalamualaikum. 

Rasa macam dah lama sangat tak update entry blog. Passion untuk menulis masih ada cuma kerajinan itu yang masih dicari.  Aku sendiri tak tahu kenapa aku dah tak rajin menulis sebenarnya. In fact aku still dalam krisis mencari identiti diri sendiri sebenarnya. 

Saja nak share mengenai life update. After a long journey, finally I graduated with First Class Degree and Alhamdullilah dah jadi degree holder dah pun. Jatuh bangun waktu belajar tu tak usah cerita lah. Cabaran dia semua tapi semua dah lepas, kira jadikan kenangan dan pedoman sahaja lah kan.

Percaya atau tidak, aku dah mula kerja dah pun. Siapa sangka aku dah kerja and alhamdullilah bekerja di bidang yang aku belajar.  Baru sahaja melapor diri dan telah juga berhijrah ke kota walaupun hati masih tidak rela. Jujur aku kata, aku masih lagi latih dan ajar hati untuk redha dengan aturan Allah. 

Isu dia mungkin tidak cukup besar untuk orang lain tapi besar untuk aku. Dilahirkan, dibesarkan dan sehingga habis belajar memang di negeri utara dan akhirnya terpaksa berpindah ke selatan memang agak menggangu emosi. Bukan itu sahaja, aku dah biasa duduk di bawah teduhan keluarga dan kawan-kawan yang memang aku rapat. Tapi bila masuk alam pekerjaan aku terpaksa berpindah dan duduk dengan orang yang baharu. Langsung tak kenal dan hanya ada aku sahaja yang aku kenal di sini.

Benda ni lah yang masih membuatkan aku masih cuba untuk menerima realiti berpijak kepada bumi yang nyata bahawa aku sudah berada di sini. Nak taknak aku terpaksa jugak hadap sebab memang sudah tertulis aku akan berkhidmat di sini, jauh daripada keluarga, jauh daripada negeri kelahiran dan jauh dari zon selesa aku sebelum ini. 

Aku dah mention sebelum ni salah satu benda yang aku takutkan ialah perubahan. Aku jenis susah untuk keluar dari zon selesa dan agak lambat untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu. Perkara ni agak take toll on me. I do not find myself enjoying my passion anymore, I feel restless. Aku nak balik, aku taknak duduk sini! Jujur kata aku memang taknak! Tapi aku tak boleh nak buat apa, nak taknak aku kena hadap jugak.

Macam aku cakap, benda ni mungkin kedengaran remeh bagi orang lain. Orang cakap lain orang lain struggle dia. Aku dah tak se-happy dulu. Mungkin akan ambil masa. Aku cuba untuk sesuaikan diri, cuba untuk cari benda untuk aku enjoy. I tried and always trying. Aku akan cuba untuk jadi versi yang lebih baik untuk paksa diri keluar dari zon selesa. 

 

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya." 
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]


Selalu pujuk hati yang semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan menzalimi hambanya. Aku yakin perancangan Allah lagi hebat. Selalu jugak ulang yang tanggungjawab aku besar dan mungkin Allah letak aku di sini untuk aku belajar banyak benda dan mungkin khidmat aku diperlukan di sini. Aku belum nampak lagi rahmat yang Allah nak tunjuk kat aku sebabtu aku kena bersabar dan kuat. 

Yang paling penting aku kena jalankan amanah yang diberikan. Jaga biarkan rasa negatif ni menyelubungi diri. Tanggungjawab aku besar dan aku harus jalankan amanah ini. Insha Allah. Doakan aku untuk terus kuat dan boleh jalankan kepercayaan ini. 

Itu je kot update untuk hari ini. Mungkin aku akan kembali menulis sebab macam best pulak berkongsi rasa dekat sini. Jumpa di lain entry. Babai 

 


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments



pink, money, and coin image

 



Assalamualaikum, hari ni baru berkesempatan nak update entry blog. Lately sibuk sikit dengan kehidupan.

So hari ni nak share dengan korang pengalaman aku bukak account simpanan untuk Bank Islam. Seebenarnya aku dah lama nak buka another bank account for simpanan. Selama ni aku hanya rely on one bank account which is BSN. BSN ni okay but macam korang semua tahu lah kan, BSN takde instant transfer and bagi aku agak susah since aku dah mula menceburi bidang dropshiping ni. So I decided to open a new bank account. 

Sejak-sejak musim PKP ni memang susah sikit nak masuk bank sebab nak jaga penjarakkan semua. Dah lah bank memang lumrah untuk dibanjiri orang, bila kena jaga jarak ni lagi lah susah nak masuk. So I stumbled across this ML Studio punya video about duit belanja. This is the link (kalau-kalau korang nak tengok)

So this video ada cerita mengenai cara nak asingkan duit gaji dengan belanja, and dekat hujung sekali dia ada bagitau sikit tentang bank account Al-Afwaar. Aku pun macam, menariknya video ni. And then dia ada kata yang kita boleh buka bank account online je. So I decided to do it. 

The first step is kena pergi dekat https://vao.bankislam.com.my/. And aku ikut je step yang diaorang suruh buat. After isi semua details semua, akan dapat penyata untuk kita print. Penyata ni macam bukti kita dah isi semua secara online lah. Penyata kena bawak ke bank dalam masa 30 hari, untuk teruskan pembukaan bank account aku tulah. 

Jadi pada hari Jumaat yang barakah, aku pergi ke Bank Islam cawangan yang terdekat dengan rumah aku. Waktu sebelum masuk tu, diaorang tanya dulu aku apa urusan aku nak masuk bank ni. Aku cakap lah aku nak buka account simpanan. Dia ada tanya aku ada bawak salinan surat beranak tak? Aku macam blur lah sikit, ada jugak orang still guna surat beranak ingatkan semua pakai IC je. 

Lepastu, aku cakap lah aku tak bawak surat beranak, IC je ada. Lepastu dia macam takpelah. Aku ada cakap yang aku student and ada bawak kad student, terus dia bagi masuk. Dia mintak IC, student card and lesen untuk dia photostat. Aku just kena sign borang sikit and then terus gi kaunter dia. Aku bagi penyata yang diprint terus diaorang proceed. Tak sampai 15 minit, aku dah dapat bank simpanan aku sendiri.

Senang kan? Zaman teknologi ni senang je. Semua ada di hujung jari, kena guna je kemudahan yang ada. Alhamdullilah dipermudahkan urusan. So aku cadangkan korang yang nak bukak account bank Islam, isi lah secara online. Urusan korang akan dipermudahkan Insha Allah. 

Tu je sharing aku untuk hari ini. Insha Allah dekat lain entry aku share lagi pengalaman-pengalaman yang aku rasa boleh bantu pembaca blog ni. Terima Kasih 

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments




Assalamualaikum and welcome here to my new readers. 


About two days before, my uni had released a statement with an electronic letter yang mengatakan bahawa we will continue online class till hujung tahun ini. I was kinda shock to be honest because I never thought that we will never back in physical class you know. I always thought yang maybe we will kena balik jugak kolej no matter what tapi tak sangka pulak sampai tahun depan. Siapa sangka kali terakhir I met with my classmates is on February and now we only meet on video call. 

My feelings sebenarnya bercampur. Seronok sebab I can duduk rumah lagi, boleh duduk bawah ketiak parents lagi but at the same thing macam a bit annoyed sebab keadaan rumah tak berapa sesuai untuk online class. Internet connection okay cuma suasana and mood kat rumah tak sama macam mana belajar dalam kelas. 

Waktu kau kelas, ibu kau sibuk buat kerja, rasa bersalah tak tolong. Kadang-kadang aku curi-curi gak tolong ibu kat dapur, ibu marah. Ibu suruh fokus kelas, lepas dah habis kelas tolong lah dia. Masalahya, kelas sampai jam 5 memang tak sempat lah nak tolong sebab tu curi-curi tolong gak. My parents Alhamdullilah faham dengan my schedule semua but I could not help but feel bersalah. Lagi-lagi bila tutorial banyak and you can not spend time plus help your family. 

Another problem is that, my house ada budak kecik. Bila time bukak laptop sibuk je nak kacau datang tekan segala button yang ada. Bila tutup pintu bilik, dia nangis pulak nak masuk. Dah bising satu rumah. So I decided untuk tak kunci pintu bilik. Adik-adik yang lain dah start sekolah so lagi susah sebab takde sapa nak jaga budak kecik tu. Nak marah tak sampai hati sebab dia kecik. So I refrain myself to not use my laptop unless betul-betul kena guna. Kalau tak I rela use my phone so that tak kena ganggu. 

Masuk pulak topik exam kat rumah. Astaghfirullah, sangat-sangat mencabar. Nak makan nak minum semua kena kira dulu masa kot-kot tak cukup. Tapi Alhamdullilah my uni faham and they gave us plenty of time untuk jawab tapi tulah, soalan pun setimpal lah dengan masa yang diberi. First time dapat rasa exam kat rumah, kalau boleh taknak rasa dah. But, apa boleh buat. Kita hanya merancang Allah yang tentukan. Kena juga hadap online + exam online untuk new sem. 

Apa yang membimbangkan is actually, I sem 5 tau and I supposedly kena pergi praktikum but since kena buat online class, sylibus untuk sem 6 akan dibawa ke sem 5. But the worse thing is, sem 7 pun kena praktikum. Means I will kena hadap praktikum yang lama because sambung sekali untuk sem 5 and sem 7. Bayangkan lah. 

Benda tak jadi lagi, tak salah untuk kita fikir tapi takde lah sampai overthinking sebab benda belum jadi, nak fikir lebih-lebih pun tak boleh. So apa-apa pun still kena hadap online class ni no matter what. Nak rungut pun tak boleh sebab at the end of the day, class masih kena masuk, tuto still kena buat, assignment tetap kena submit and exam tetap kena hadap. Itulah life as student. Tanggungjawab kita as student untuk cari ilmu jadi kita jalankan tanggungjawab kita. Doakan perjalanan aku berjalan dengan lancar. Aminn

Itu sahaja kot entry untuk kali ini. Jumpa in the next entry. Assalamualaikum byeeeee
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments




cr

Assalamualaikum semua. 
 

Sedar tak sedar dah almost 4 years aku tak update blog ni. Memang bersawang teruk. Aku ada tukar template semua. Serious cakap, otak aku blur gila. Mende simple pasal nak edit blog pun lupa. But thanks to Atin, Arien and many lagi bloggers yang post pasal tutorial sebab banyak bantu aku. Tanpa post and entries korang, memang aku tak dapat nak sambung berblogging. 

Actually aku memang rindu gila menulis, and I decided to continue my blog. Well, I know tak ramai pun yang datang jenguk blog ni but takpa lah. Aku guna platform blog ni untuk aku luahkan apa yang aku tak boleh nak luah. Nak meluahkan pakai lisan bagi aku amat sukar but through writing, ayat dia lancar and smooth je keluar. So that;s why aku guna balik platform blog ni untuk share my writing about everything. Rant, random thoughts, poem kalau ada. Doakan aku istiqamah dalam membangunkan balik semangat aku untuk menulis.  

So wait for my next post, we will see apa yang seketul Dinie nak share 
 
 
 
 
Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments

















Assalamualaikum w.b.t

Dah lama woii aku tak update blog. Dah bersawang teruk dah ni, nak kena renovate teruk. Dah lah belah blog list aku tak keluar keluar. Entah pasaipa pun aku tak tau. Dah berpuluh kali cuba, dok lagu tu lah. Haih! Disebabkan malaih nak layan, aku biarkan jaa, pandai pandai lah dia hidup. 


So dah genap dua minggu aku dapat result SPM. Result nak kata elok tu, boleh lah. kira okay ah dari trial. Add Math? Yang tu memang cari nahas. Aku of course Add Math kelaut agaknya tak dapat matriks kot dah Add Math pun ntah apa apa. Physics pun C+ hahahahahaha. Tapi kira okay lah.

Aku ni boleh dikira budak lemah dalam study jugak ahh kalau nak banding dengan budak-budak kelas sains yang lain. Aku ni tiga serangkai tu (Biology, Chemistry, Physics) mana pernah dapat elok. Kira lepaih pagar je tu. 40 je semendang. Memalukan betul. Add Math memang muka aku jaa failed, takdak orang lain. Cikgu pun sampai bosan tengok muka aku jaa. Lawa tak pa lah!

Result SPM ni kira okaylah walaupun Add Math aku macam tu jugak.. Serious cakap, balik sekolah dari ambik result memang aku buat solat sunat terus sebab bersyukur sangat-sangat. Walaupun result aku takde lah lawa sangat macam kawan-kawan aku yang lain tapi memang aku dah rasa macam terharu gilerr! Kira pencapaian besar lah untuk aku. 

Mesti korang rasa macam, 'Eleh kecoh lah kau ni. Result tak hebat mana pun!" Yup. Memang lah tak setanding dengan budak-budak lain tapi kira dah cukup untuk aku. Lepas lah aku nak apply IPG tapi IPG sekarang ni pun payah betul nak masuk. Dengan interview yang sampai 3 fasa entah lepas entah tidak. Aku isi je lah, mana nak tau ada rezeki aku. Jadi cikgu pun okay gak.

Aku sekarang ni berbelah bahagi nak ambik apa, aku tengok masuk Poli Kolej Komuniti pun macam best. Sekarang ni bukan kira minat dah weh, sekarang ni kena fikir apa course yang boleh bagi kerja kat kau. Dah lah orang banyak dah kemahiran zaman meniti arus globalisasi ni. Nak mintak kerja semua pakat nak ada pengalaman kerja. Confuse weh!

Aku sekarang memang nak serah semua kat Allah. Apa yang aku dapat, aku terima dengan seadanya. Aku ada lah tanya cikgu pasal benda ni, cikgu cakap kena ikut kemampuan dan minat. Aku nampak lah jugak benda yang aku layak tapi tak pasti lah aku minat dan boleh bawak ke tak benda tu. Insha-Allah kalau percaya diri sendiri, boleh la kot noh? Doakan yang terbaik untuk aku.



Share
Tweet
Pin
Share
No Comments













Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh...




Hati aku sekarang tengah dok dup dap dup dap macam jamming She’s Gone.  Lutut tak usah kata, macam jeli kelapa lembik semacam. Berpeluh macam lari marathon jee gaya bila nampak nombor 16. Agak-agaknya bebudak lepasan SPM tahun-tahun sebelum ni macam ni gamaknya. Bapak ahh nak tidur pun tak senang weh.

Punya lah aku gementar tahap dewa sampai aku mimpi merapik. Ada ke patut aku mimpi yang result aku teruk nak mati and then parents aku tak mengaku aku ni anak diaorang. Believe it or not, aku menangis teruk. And when I told my mother about my dream, she just brushed it off saying that apa jadi  pun to my result is she will accept it with an open arms. Serious talk memang nak meleleh ayaiq mata tang tu jugak tau dak. Tapi cheq cover line lah sama, satgi jatuh pulak status cheq as iron lady.
Bila jumpa kengkawan memang tak lari dari sembang topik tu ahh. Punya la ketaq sampai pucat habis muka. Pastu dia melalut topik lain pulak. Dia meraban sekejap and then kembali lah ke lubuk asal cerita balik pasal apa nak jadi result pastu dia kembali meraban balik. And the list goes on. Hahahahahaaa.

Kalau balik kampung, mesti sedara-sedara cakap, takpa Dee boleh budak pandai result mesti cantik punya. Disebabkan lidah kelu ya amat aku mampu sengih je lah sedangkan hati aku dah berbakul-bakul sumpah diri sendiri. Result cantik kejadah apanya, calculation untuk function pun berterabur seghupa biji getah. Result trial aku pun hampeh. Ada lah 5 A tu pun 5 A subjek yang orang tak berapa nak pandang.

Lagi stress bila duduk dalam circle budak-budak yang jenis baca sekali melekat dalam kepala macam pakai gam gajah, aku ni acah acah glue stick je kot. Ulang banyak kali pun belum tentu dapat. Dahlah kebanyakkan friends of mine untuk mengira. Aku tengok nombor pun dah trauma sebab tu result Maths, Add Maths dengan Fizik aku asyik kena note jumpa cikgu jee.







Haiilaaa, satu masalah aku memang aku tak minat subjek-subjek yang nak kena mengira. Memang aku angkat bendera putih awal-awal lah gamaknya. Orang cakap kena paksa diri untuk minat jugak sebab lama-lama benda tu akan jad habit and kita akan suka. Selama 8 tahun aku cuba menanam perasaan cinta untuk mengira ni tapi ke laut jugak. Setakat nak mengira biasa-biasa tu aku boleh gagah lagi, ni bila masuk bab problem solving yang perlukan pengiraan berjela-jela, memang aku fail teruk ahh.
Otak aku memang jenis otak membaca. Aku jenis cepat lekat kalau bab-bab membaca sebab tu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Bahasa Arab, Al-Quran Sunnah dengan Syariah aku boleh score. Tapi masa trial Barab aku kecundang sikit. Lol. Yang lain tu aku payah sikit. Biology dengan Chemistry tu aku boleh gagah lagi, mai masuk tang Modern Mathematics, Additional Mathematics dengan Physics mata aku dah berpinar teruk.

Aku ingat lagi malam SPM tu ada something happened. Esok tu aku nak exam Bahasa Inggeris  Paper 1 and Paper 2. Aku memang ingat nak buat revision sikit pasal Paper 1 tu sebab aku ni bab-bab tulis karangan aku memang jenis syok sendiri pastu grammar tunggang-langgang. Tapi entah kenapa malam tu aku tak sedap badan. Tup tup tup 5-6 kali aku kena pecut pergi toilet. Bayangkan aku diarrhea campur muntah-muntah tak berhenti. Mak aku dah kecut perut sampai tak leh tidur dia tunggu aku. Segala benda yang aku makan dari pagi sampai petang habis keluar. Memang lembik teruk aku.
Masa jawab exam pun kepala aku berat nak mati, mata pun tak larat nak bukak. Bayangkan, masa jawab Paper 1, masa I hour 45 minutes tu dia bagi untuk answer all two questions dalam tu, aku just ambik masa 1 hour and 20 minutes je weh pastu aku rebah. Dua tiga kali jugak pengawas peperiksaan tu kejut aku and tanya aku okay ke dak sebab muka pucat teruk. Kengkawan pun risau. Nasib baik Kak Ah bagi aku ubat muntah dengan plastic bag.

Tapi Alhamdullilah, aku takde lah muntah ke apa tapi frankly speaking, aku memang tak buat last minutes revision sikit untuk refresh ke apa sebab kepala aku sakit sangat. Seminggu lebih jugak ahh seram sejuk badan tu ada. Lepas tu dia okay lah.

Memang aku tak leh lupa gila. Pastu subjects lain memang aku malas nak cerita ahh. Naik fed-up aku. Kalau aku cerita, alamat aku tak tidur lena lah malam ni. Masuk dalam mimpi aku teruk oiiii. Kalau diikutkan hati memang tak pergi ambik result tu. Nak nak pulak sekarang ni boleh check via SMS je. Tapi nak buat macam mana kan, kena hadap jugak lah. Lari bukan solution dia.








Sekarang ni apa yang tengah aku buat ialah tanam dalam hati yang apa sahaja result that I will get, aku kena redha. Allah knows the best for his servant. So kau terima je perancangan Allah tapi jangan lah asyik nak tawakal tapi usaha entah ke mana.  Aku nak jadikan result aku ni as penggerak untuk aku melangkah ke depan. Insha-Allah apa pun keputusan dia aku akan redha dan usaha lebih lagi untuk masa hadapan. Dengan Izin Allah yang Esa.



p/s: for sapa-sapa yang nak ambik result SPM jugak this Thursday aku doakan korang dapat good result and redha dengan apa sahaja yang korang dapat. Wish me luck too! 





pic from Tonari no Kaibutsukun






Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments













My Blog ID


blodID=1721086044484066667


Siapa-siapa yang nak join segmen ni boleh click banner dekat atas and the banner akan bawak korang straight to the page. Meh lah masuk ramai-ramai untuk memeriahkan lagi benda ni. 






Share
Tweet
Pin
Share
6 Comments







Assalamualaikum w.b.t and Happy Wednesday I bid to the readers of this blog ( I wish I have). It’s been a long time since I wrote a blog post. It’s not that I’m busy or what, just having a writer block crisis. Who knows writer block was really contagious.

Yesterday (Tuesday), aku and kawan-kawan satu batch aku dipanggil ke sekolah sebab cikgu nak bincang macam mana nak daftar UPU and stuff. Masa tu aku memang ketaq perut gila sebab aku memang tak sedia lagi nak masuk kea lam baru ni.

Aku masih lagi diawangan sebenarnya, not knowing which path I should take. It’s about my future so I should think wisely about this thing. The problem is, aku ada banyak sangat courses yang melekat dekat hati ni. Jadi, aku memang completely tak tau course apa yang aku patut ambil untuk nak masuk Universiti nanti.

So, memang cikgu dah bagi guide macam mana nak isi and other important stuff. Kebanyakkan pasal courses yang tengah laku kat pasaran dengan university or politeknik apa yang bagus. Kata cikgu kalau nak senang cari kerja lepas graduate, dipersilakan  keluar duit lebih sikit and masuk universiti swasta.

Disebabkan memang poket kami sekeluarga merah dari dulu, aku pekak kan je telinga aku masa cikgu cerita pasal university swasta sebab memang aku takde harapan nak pergi sana sebab aku sedar yang duit tak turun dari langit macam hujan. Aku sangat humble and sedar diri okay.

Aku memang envy gilaa person yang dah memang tau path mana dia patut ambik. Confident gila dia angkat tangan masa cikgu tanya siapa yang dah isi UPU. AKu macam wow, aku still dok termanggu-manggu sebab aku tak nampak lagi kaki aku nak menapak kat mana.

Ada lah few courses yang caught my eyes. Since I was a science stream student, I decided to choose courses that relating to that. Aku memang berminat dengan psychology dari dulu so aku ingat nak ambik tu. Kebanyakkan course science memang kena ambik asasi or matriks dulu, kau memang tak leh guna result SPM kau terus untuk ambik course tu.

Satu-satu nya university yang ada course psychology yang penuh is Universiti Malaysia Sabah (UMS). Aku ada jugak cakap dengan mak aku pasal benda ni, and mak aku macam tak nak lepas aku. Mak aku asyik tanya, takde Uni yang dekat sikit ke belah Semenanjung. AKu sendiri tak tau nak cakap apa sebab memang course yang aku nak ada dekat sana.

Sekarang ni aku ada dua pilihan sama ada aku terus ambik asasi kat sana ataupun aku masuk matriks dengan sini dulu and then baru pegi sana. Sebab Sabah tu jauh weh, aku tak pasti lagi.


Aku still perlukan masa untuk fikirkan benda ni. Aku harap for those yang baca post ni and ada experiences can you leave me any advices yang boleh tolong aku? I’m still confuse and this for my future but I still don’t have any clue about the path that I should take. It will great if you guys can help me by giving helpful advices. Thank you for reading.






Should I just follow the flow or what? 





Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments






purple, art, and stars image






Assalamualaikum w.b.t

Aku nak tanya korang, pernah tak korang dengar perkataan Yandere? Tau tak Yandere tu apa sebenarnya?


Yandere (ヤンデレ) is a portmanteau of two Japanese words yanderu (病んでる), meaning to be sick, and deredere (デレデレ), which is defined as strongly and deeply exhausted, infatuated, moonstruck, head-over-heels, or lovestruck, but in this case used for "lovestruck." A character who fits the archetype of being genuinely romantic, loving, kind, merciful, sparing, sweet and gentle, but is at the same time brutal, psychotic or deranged in behavior. The psychotic tendency can be both sudden and ever-present. 


Ni apa yang aku dapat dekat Om Wiki, Yandere ni senang cakap ialah orang yang terlampau mencintai seseorang sampai  sanggup buat apa sahaja untuk dapat orang yang dia sayang. Kira ni bukan tahap lautan api sanggup ku renangi, yang dah tahap membahayakan orang lain.

Kalau setakat nak petik bintang atas langit tu kira okay lah sebab dia hanya bahayakan diri dia yang cakap tak serupa bikin je tu. Mana ada orang yang boleh petik bintang. Agak-agaklah abam oiii~ Tapi si Yandere ni jenis yang sanggup membunuh untuk orang yang dia sayang.

Aku tak pasti lah berapa extreme dia boleh pergi tapi kira extreme lah tu sampai nak membunuh. Aku tak tau pulak sebab cinta tahap dewa boleh bawak kepada bunuh. Weh bunuh tu bukan benda kecik okay, kerana membunuh kau boleh kena hukuman gantung sampai mati.

Kalau ikut hukum hudud, bunuh akan dibalas bunuh kau tau? Mungkin masa ni fikiran si Yandere ni tak berapa nak waras sangat. Kira Yandere ni boleh disamakan dengan psychopath lah kan? Tau dak apa maksud psychopath yang sebenarnya?

A person suffering from chronic mental disorder with abnormal or violent social behavior. Also, an unstable and aggressive person.

Tapi Yandere ni dikhususkan untuk orang yang terlampau mencintai someone sampai sanggup berlaku kejam, Si psychopath ni pulak orang yang ada mental disorder dan berlaku kejam. Kira psychopath ni dia punya motif boleh ada variety dan si Yandere ni pulak lebih sebab cinta.

Apa apa pun, persamaan Yandere dengan psychopath ni diaorang sanggup buat apa sahaja untuk capai matlamat diaorang.

Well, people can changes someone kan? Sebab orang kita boleh jadi berbeza daripada diri kita. Macam kes Yandere ni, diaorang suka sangat kat someone tu sampai sanggup buat apa sahaja kan? Rasanya, apa penyebabnya diaorang jadi macam tu? Aku tak rasa diaorang dengan sendirinya biarkan diaorang jadi macam tu? Menyerah tanpa berlawan? Macam tu ke?

Aku tak rasa macam tu. Aku rasa orang sekeliling dia yang buat dia jadi macam tu. Mana lah kita tau sebenarnya si Yandere ni tak pernah rasa kasih sayang dari kecik? Anak yatim piatu and then ditakdirkan someone ni tolong dia. Someone ni baik gila dengan dia and masa tu dia dapat rasakan apa tu bahagia, apa tu kasih sayang melalui that dear someone. Jadi, si Yandere ambik keputusan untuk tak nak lepaskan someone tu. Dia jadi obses dengan kasih sayang yang dia baru terima sampai dia tak nak share dengan everyone else. Dia jadi sangat lah obses sampai dia control hidup someone tu.

Kalau si psychopath tu pulak. Mungkin dia dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah. Mak ayah dia kaki botol, kaki minum, kaki judi dan yang paling teruk kaki pukul. Balik rumah mabuk and then bila tak buat hati terus pukulnya si soon-to-be psychopath. Dan yang paling menyedihkan orang sekeliling dia yang tahu akan nasib dia, buat tak tau sebab tak nak jaga tepi kain orang lain. Natijahnya, untuk lepas daripada neraka dunia tu, mental dia snapped. Dia jadi tak betul and dia terus bunuh mak ayah dia untuk balas dendam. Dan dia rasakan membunuh dan bersifat kejam tu dapat lindungi dia daripada kesakitan.

Salah siapa diaorang jadi macam tu? Salah Yandere tu? Ke salah someone tu sebab dia pergi approach Yandere tu? Salah psychopath tu? Salahkah dia membunuh untuk elak disakiti? Salahkah Yandere tu sanggup bua apa saja untuk lindungi someone yang dia sayang? Salah siapa sebenarnya?

Aku rasa jawapan benda tu ada dalam diri kita. Tepuk dada tanya iman. Korang rasa korang terlibat tak? Meh aku tanya tiga soalan dan jawab sejujurnya. Korang cuma perlu jawab Ya atau Tidak. Okay? Ready guys? Here we go!



  • Ada kes buli dekat sekolah korang dan mangsa pembulian tu adalah senior/junior korang? Korang ada tak buat something untuk tolong mangsa buli tu? Ke korang just bagitau kat kawan korang and then terus lupa?
  • Korang perasan yang anak jiran korang selalu ada luka-luka dekat badan. Dan selalu jugak korang dengar bunyi dia kena marah dan menangis dekat dalam rumah jiran. Korang ada buat something untuk tolong dia? Bagitau parents korang ke untuk mintak tolong selesaikan kes tu. Atau korang just pendam sorang-sorang?
  • Kawan baik korang merupakan seorang pembuli dan korang pernah tengok kawan baik korang buli seorang junior. Adakah korang cuba untuk bincang dengan kawan baik orang tentang pembulian tu salah or what? Ke korang just butakan mata and buat tak nampak sebab tak sanggup nak tegur kawan baik sendiri?

Kalau kebanyakan jawapan korang pasif, iaitu selalu NO je memanjang maksudnya korang lah antara orang yang patut dipersalahkan atas nasib si Yandere dan Psychopath ni. Korang telah terlibat secara tak langsung dalam hal ni tau tak? Sebenarnya takde istilah asyik jaga tepi kain orang sampai tak sedar kain sendiri terlondeh. Bagus sebenarnya sikap jaga tepi kain ni, cuma kena pandai sesuaikan dengan keadaan ja.

Sikap buat tak tau ni lah yang bawa banyak keburukan. Sebab sikap ni yang menyebabkan seseorang tu boleh jadi Yandre ataupun Psychopath. Bukan tu saja, skop benda ni sebenarnya luas. Bukan untuk psychopath dengan Yandere ja, banyak lagi benda buruk lain yang boleh jadi.

People change because of 'pain'. Either their heart has been broken, or their minds have been opened. One thing is for sure, they are tired of being a good person. People want them to be a monster like them. Eventually, they turned into a monster that people demand. But in the end, People are still questioning why and why.

Manusia yang buat diaorang ni berubah jadi rasaksa yang diaorang sendiri takut. Manusia yang hantarkan dan sebarkan kesakitan tu tapi bila diaorang ni tak mampu, diaorang berubah jadi rasaksa. Diaorang pulak yang dipersalahkan dan Manusia hanya pandai menunding jari pada diaorang. Sedangkan Manusia tak sedar yang diaorang sendiri yang cipta serum untuk ubah diaorang jadi rasaksa. Manusia hanya pentingkan diri, hanya pandai menunding jari tanpa fikirkan orang lain.

Aku nak ajak korang ubah sikap korang yang suka buat hal sendiri and sangat-sangat cepat meng-judge orang tu. Sama-sama kita bawak orang-orang macam ni kembali ke jalan yang betul. Kita ubah sikap kita supaya takde lagi insan-insan yang malang yang terima nasib macam si yandere dengan psychopath ni.

Insha-Allah. Kita sama-sama cuba capai benda ni.







Share
Tweet
Pin
Share
13 Comments















Meh lah ramai-ramai join giveaway ni. Hadiah-hadiah dia pun best-best. Klik je gambar banner kat atas untuk pergi kat page giveaway tu. Sayonara!









Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments





blood, fear, and horror image










Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sabtu.

Orang cakap don't let you fear consume you ataupun rough translation dalam bahasa Melayunya, jangan biarkan ketakutan menyelebungi diri anda. Tapi yang buat aku tertanya-tanya lah kan, kenapa lagi penakut someone tu, lagi gatal dia nak test ketakutan dia.

Aku perasan yang novel-novel nukilan penulis muda zaman sekarang banyak ketengahkan benda tu. Kisah cinta toksah cakap, belungguk kat kedai. Yang kisah cerita sampah pun banyak, tak tau hujung pangkal yang tau bercinta, kahwin, jealous, orang ketiga, gaduh, berbaik and last sekali bahagia ke anak cucu cicit.

Aku ni suka baca novel-novel keluaran FIXI sebab aku memang suka genre dark, action, mystery and benda berkaitan dengan psychology sikit. Aku memang minat novel yang heavy sikit tapi aku agak tak selesa dengan bahasa urban yang digunakan dalam novel-novel FIXI.

Aku tak ada langsung masalah dengan bahasa yang tak berapa nak baku dalam penulisan diaorang tapi aku agak menyampah dengan swear words yang ditambah semata-mata nak bagi banyak words dalam novel tu. Mentang-mentang lah FIXI loose kan sikit syarat untuk penulis-penulis novel kat situ tapi kenapa swear words dekat benda-benda 18SX jugak jadi pilihan.

Haillaa, aku memang tak selesa gila. Bagi aku, swear words dengan  mukadimah nak ke 18 SX tu tak payah ada pun takpa. Bukannya kurangkan pembaca pun. Kalau idea kau menarik and cara kau deliver idea kau dalam bentuk penulisan pun BOOM BOOM, novel kau mesti bestseller punya.

Bagi novel-novel cinta pulak, aku sebenarnya dah lama pencen baca novel-novel cinta ni sebab bagi aku, novel-nevel cinta ni agak cliche. Aku dah naik muak dengan main character novel yang Mary Sue, atau lebih senang cakap, perfect serupa malaikat turun dari langit.

Hero dia pulak, hensem, kaya, pandai, cool and stuff buat aku lagi menyampah nak mati sebab bagi aku berapa kerat je lelaki yang macam tu. Lagi satu, aku naik meluat dengan plot cliche yang watak jahat dia mesti ex-girlfriend ataupun ex-boyfriend si main character and dia mesti datang bila si merpati dua sejoli ni sedang melayan bahtera bahagia bersama.

Si watak jahat tu mesti pakai baju yang menjolok habis mata sampai buta kau jadinya. Mesti pandai menggoda, mesti seksi. Nak-nak lagi sekarang, lagi bertimbun rasanya novel-novel pingitan yang mula tempah nama dekat Malaysia ni. Nak novel kau famous? Senang je, adaptasikan jadi drama.

Novel-novel pingitan yang plot tah ke mana, main character yang sempurna dan kaya, gaduh sikit, pastu baik. Kemudian, mai pulak watak jahat yang mula gugat bahagia pastu watak utama tu baru sedar yang pasangan diaorang tu lagi elok nd sempurna pastu baik. Last sekali, happy ever after.

Oh my gosh, come on janganlah jadi macam budak-budak. Aku ada baca satu article dekat dalam majalah Dewan Siswa yang tegur pasal karya-karya picisan penulis zaman sekarang. Dalam article tu ada kata, yang daripada ketengahkan isu kahwin-bergaduh sebab orang ketiga and then bahagia, apa kata ketengahkan isu masyarakat zaman sekarang. Itu lagi bagus. Jangan buat cerita yang ada plot tapi mesej takde. Itu umpama cerita sampah.

Aku pun penulis, aku tau. Aku sekarang sedang nak memperbaiki kualiti tulisan aku. Aku nak tulis satu yang dekat dengan masyarakat and oleh bagi mesej yang berguna buat masyarakat. Kalau ada rezeki, insya-Allah aku nak tulis buku. Doakan aku.  




Penulisan yang ada mesej bagus tak berguna kalau gaya penulisan kau dan cara kau sampaikan tu crappy. Kau kena bagi pembaca nak baca cerita kau and pastikan yang diaorang dapat mesej yang kau bawak.



pic: WeHeartIt





Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
















Ini first time aku masuk benda-benda macam ni. Hahahaahaha. Saja nak masuk. Korang semua pun datang lah join benda ni. Klik banner kat atas tu. 



Blog ID : 1721086044484066667













Share
Tweet
Pin
Share
9 Comments





vintage, typewriter, and hipster image






Assalamualaikum w.b.t and Salam ukhuwah. Hadoii...




Hari ni aku nak membebel sikit pasal benda yang mungkin kita buat sama ada sedar tak sedar. Bukannya apa aku ni cepat naik semak mata tengok benda-benda yang serabut and tak kemas. Nak kata perfectionist tu ahh, jauh mangai aku nak capai tahap perfectionist tapi aku suka benda yang aku tumpu tu nampak kemas.

Aku nak buat acah acah misteri sikit nak suruh meneka apa benda yang menyemakkan mata aku sangat tapi malas pulak, karang tak faham apa yang aku nak sampaikan. Buat penat aku membebal bagai nak rak last last orang tak faham.

Aku ni ada masalah sikit tengok perkataan, words yang dieja jadi short form. Benda tu memang buat aku sakit mata. Bagi aku kalau nak tulis, kau tulis kasi penuh lah weh. Dah jadi benda lain dah aku baca. Menimbulkan salah faham dan dosa kering kat aku memaki si fulan dan si fulanah yang mengeja teruk kemain mengalahkan budak-budak tadika.

Bukannya aku mintak kau menaip, menulis kat laman sosial especially, guna ayat berbunga, tangkap leleh, layan blues kejadah apa semua tu. Tak! Aku just mintak apa yang kau nak sampaikan tu kau bagi clear. Ini menjadi masalah kepada orang yang macam aku yang tak reti naak baca short form.

Aku still boleh ikut kalau ke-short form-an tu standard. Tapi agak-agak lah kau nak eja aku jadi AQ, Tak jadi X. Kau faham tak benda tu buat semak mata. Ibaratkan orang hantar essay or resume dekat kau tak ikut format. NaMa sAyA wAk muSh. Tak ke rasa sakit hati.

Mungkin dah ada yang terbiasa tapi frankly speaking, benda tu nampak hodoh gila. Bukannya tercabut jari kau kalau kau tulis bagi molek-molek. Weh, aku paling malas nak baca orang yang tulis short form ni, memang taubat lahum aku tak baca even urgent macam mana pun benda tu.

Agak-agaklah nak menulis pun hakak, abam, adik oiii. Sekarang jadi skunk... memang tak tercapai dek akal aku. Macam mana lah benda tu boleh terhasil daripada perkataan sekarang, jauh beza kot. Bahasa rempit segala mak nenek tu betul-betul buat aku berapi.

Aku tak paksa korang tulis ayat berbunga-bunga or what just mintak korang jaga martabat Bahasa Melayu kita. Eja bagi lah elok-elok. Kan manis dipandang and benda tu nampak lah formal sikit. Cuba bayangkan, kau nak tegur someone, niat kau baik nak tegur orang tu nak sampaikan dakwah tapi dengan cara kau menaip/menulis tu dah macam jari bengkak kena gigit lebah, kau rasa ada orang nak baca. And the important thing is, ada orang pandang serius ke apa yang kau cuba sampaikan?

Alah, lek ahh. Tak larinya tweet Twitter kalau kau tulis penuh. Kalau asyik nak ligan words required untuk tweet tu samapi ke sudah kau tak boleh tulis. Takut jadi kebiasaan lah weh. Lagu mana nak tulis essay panjang-panjang kalau kau mengeja pun payah macam nak nazak?

Kau tulis short form yang parah macam tu, buat kau nampak sangat uneducated kau tau? Kau nampak macam orang yang tak pergi sekolah. Aku tau benda ni sound harsh tapi tu lah realiti dia. Tak kisahlah kau nak mix bahasa Melayu sekali dengan bahasa Inggeris pun, kalau boleh kau jaga lah ejaan kau. Karang payah pulak kau nak jawab SPM Kertas 2 Bahasa Melayu kalau kau tak ubah perangai buruk kau, payah pulak kau nak hantar kerja khusus kau yang bombastic kalau kau ada masalah mengeja.

Orang Melayu ni penting kan kekemasan dan adab sopan. Kalau kau eja elok-elok, lawa-lawa, molek-molek kan manis orang pandang. Pergi mati lah kalau orang nak kata kau nampak skema kalau eja penuh. Honestly, aku selalu kena macam tu. Tapi aku malas nak ambil pusing sebab aku selesa macam tu. Macam aku kata tadi, aku suka benda yang aku tengok nampak kemas.

Aku harap boleh lah kot, cuba ubah-ubah kesalahan kecil tak seberapa ni. Eja bagi kemas jangan nampak macam budak tak berpelajaran. Cuba bagi first impression yang bagus dekat orang. Kau nampak kemas, orang pun suka berkawan dengan kau. Habis cerita!




Kalau kau asyik fikir orang punya pendapat bila kau nak maju?










Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments





Most popular tags for this image include: hurt, quote, lies, sad and black and white








Hidupnya dipenuhi warna hitam, putih dan kelabu. Tiada warna biru muda, merah jambu, ungu violet mahupun kuning air. Hidupnya diibaratkan seperti melihat rancangan televisyen tahun 50-an. Tiada seri, tiada kemeriahan.

Hidupnya dikelilingi oleh buku-buku. Tidak kisahlah buku novel cinta, ensklopedia, kamus pelbagai bahasa ada pun majalah-majalah gosip yang terkemuka. Dia menghabiskan masanya dengan membaca, langsung tiada nafsu untuk bersosial mencari teman. Baginya, buat apa berkawan kalau akan berpisah juga akhirnya. 

Jika ada seseorang yang ingin menghampirinya, dia akan cuba sedaya upaya untuk menolaknya sebelum mukhadimah persahabatan itu hadir. Jika dia disoal mengapa dia tiada kawan, jawapannya mudah sahaja "Aku tak suka berkawan, kau sibuk kenapa?" 

Orang sering melabelnya sombong namun dia langsung tidak cepat melatah. Biarkan lah dia dicop sedemikian. Lagi mudah. Dengan itu tidak akan ada sesiapa yang ingin berkawan dengannya. Dia lebih senang begitu. Ini hidupnya.

Baginya persahabatan hanya buang masa, buang tenaga serta menyeksa jiwa dan raga. Dia tidak mahu membazirkan air matanya kerana itu dia tidak mempunyai rakan. Dia berjanji kepada dirinya agar tidak terlalu mempercayai seseorang dan tidak mahu melibatkan perasaan dalam sesuatu perhubungan. Kerana dia percaya, dikemudian hari mereka yang bertemu akan berpisah dan jika pertemuan itu melibatkan perasaan dan perpisahan itu juga akan melibatkan perasaan. Perasaan perit dan pahit.

Dia tidak mahu perasaan perit itu hadir. Dia tidak mahu menyakitkan diri sendiri. Ya. Dia memang pengecut kerana tidak berani mengambil risiko tetapi ini hatinya dia lebih arif tentang perasaan sendiri. Dia lebih tahu diri sendiri daripada orang lain. Tiada sesiapa hanya dia.

Tetapi kadang-kadang terusik juga jiwa kecilnya. Terkadang, perasaan sunyi itu hinggap juga di jendela hatinya namun benteng ego yang dibina dengan penuh kesungguhan itu tidak mudah dirobohkan. Dia cepat-cepat mengusir perasaan itu. Dia tidak perlukan teman. Dia tetap kuat walaupun bersendirian. 

Namun begitu lah lumrah hidup, tidak kiralah betapa kuat dan teguh sesebuah monumen itu, pasti juga akan mula rosak dan luntur dimamah usia. Begitu juga dia. Semakin matangnya dia, semakin kerap kesunyian itu bertandang. Dan ketika itu lah ada sinar dihujung terowong yang gelap gelita.

Sang peneman datang tanpa diduga. Pertemuan mereka juga tidak dirancang. Dengan sekelip mata mereka mula rapat. Dia pernah juga menyoalkan keputusan yang dia lakukan, adakah benteng pertahanan yang dia bina selama ini akan musnah begitu sahaja?

Tiap kali terpandang senyuman Sang peneman entah kenapa dia jadi tidak kisah. Biarlah benteng itu roboh, biarlah benteng itu runtuh. Kerana dia tidak pernah rasakan perasaan yang sebegini sebelum ini. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perasaan itu. Yang dia tahu, perasaan itu hanya hadir takkala dia meluangkan masa bersama Sang peneman.

Baginya Sang peneman sangat istimewa. Dia selesa bersama dengan Sang peneman. Tidak kira dimana dia berada, mindanya akan dipenuhi dengan wajah, senyuman, mata dan lenggok badan kepunyaan Sang peneman.

Tipulah jika mereka sentiasa sehaluan, ada juga pergaduhan tetapi tidak lama kerana Sang peneman mempunyai mulut yang sukakan gula-gula dan dia telah terlalu meletakkan seluruh jiwa dan raganya di dalam bulatan milik mereka berdua.

Mereka kembali berbaik. Sang peneman berjanji tidak akan melukai hatinya. Dan dia kerana sudah selesa mempunyai teman, dia tidak mahu untuk kembali ke zaman sunyinya. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi mempertahankan jalinan antara dia dan Sang peneman.

Tetapi itu tidak tahan lama kerana cita rasa Sang peneman sudah berubah daripada sukakan benda yang manis kepada sukakan makanan pedas. Dan kepedasan dan kepedihan itu terpalit pada dia.

Akhirnya dia sedar akan suatu perkara, dia terlalu mudah mempercayai. Usahanya membina benteng itu nampaknya sia-sia kerana dia terpaksa membinanya semula. Dia terlalu bodoh. Dia didustai oleh seorang insan yang telah berjaya menjumpai kunci hatinya. Tetapi insan itu tidak setia, dia pergi seperti mereka yang lain. Dia terlalu bodoh.

Nampaknya dia terpaksa kembali ke dunia asalnya. Dunia yang dipenuhi hitam, kelabu dan putih. Itu dunianya. Dan dia hanya sesuai di situ. 





Tidak perlu korek tentang sebab kenapa aku tulis sedemikian. Cuma perlu baca, hadamkan dan tepuk dada kau sendiri.







pic: WeHeartIt 





Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
















hujan dan matahari;





Dia melemparkan pandanganya ke luar tingkap, memerhati landskap alam yang mula bersinar setelah awan mendung pergi dan membebaskan matahari untuk memancarkan cahaya.



Exactly, dia memang amat sukakan suasana sebegini. Waktu selepas hujan, di mana matahari memancarkan sinarnya yang membuatkan bumi yang dibahasi hujan kelihatan hidup semula.








Hujan dianggap sebagai tangisan langit, Berkongsi waktu dukanya untuk tatapan seluruh isi perut bumi. Warnanya gelap, hanya kesejukkan yang bertandang serta kelembapan yang tidak disukai. Bagi manusia hujan menyusahkan, hujan hanya membawa mesej buruk, mesej sedih.


Kanak-kanak kecewa tidak dapat bermain di luar kerana hujan, baju-baju di ampaian yang tidak kering membuatkan si ibu mengeluh, pasangan kekasih menjadi marah kerana hujan telag merosakan perfect date mereka.

Namun mereka langsung tidak pernah nampak walaupun sekelumit jasa hujan. Hujan telah menyelamatkan pokok-pokok yang hampir layu kekurangan air. Pokok-pokok bunga yang lupa disiram telah pun dibereskanoleh hujan. Bukan itu sahaja, hujan tellah menyelamatkan manusia daripada dehydration, hujan telah menyelamatkan nyawa manusia.

Tetapi manusia masih juga belum mengerti. Masih lagi buta dengan kebaikan yang dilimpahkan oleh hujan. Oleh itu, terkadang hujan menampakkan amarahnya. Guruh berdentuman, kilat sabung menyabung, angin bertiup kencang dan kesejukkan yang mencengkam sehingga tulang sumsum. Itu lah amarah hujan yang hanya ditunjukkan sekali sekala.

Manusia masih juga buta dan tuli.



Tetapi tidak matahari. Matahari tidak pernah salahkan hujan. Bagi matahari hujanlah penyelamatnya. Kerana hujan, pokok-pokok dapat hidup dan melakukan photosynthesis yang memberi kebaikan bukan kepada pohon itu sendiri tetapi kepada seluruh isi bumi. Air yang tersejat dari bumi oleh cahaya dan haba matahari di bawa oleh awan pembantu hujan. Dan apabila beban air itu tidak tertahan lagi untuk ditanggung, air itu turun sebagai hujan.

Dan manusia menyalahkan hujan, bukan menunding jari kepada matahari yang membawa air itu menyebabkan awan terpaksa menanggung beban itu.

Oleh kerana pengorbanan hujan, matahari cuba untuk membantu hujan. Agar hujan dapat reputasi yang bagus, sebagus pengorbanannya.

Matahari membantu mencantikkan hujan, dimana cahaya dari matahari membuatkan titisan hujan yang membasahi bumi kelihatan bersinar. Sungguh indah suasananya. Membuatkan hujan berasa sangat gembira, kerana manusia akhirnya memujinya dengan bantuan matahari.


Subhanallah, cantiknya dan agungnya ciptaan Tuhan.







Perkara itu membuatkan dia tersedar akan sesuatu perkara. Dia ingin menjadi seperti hujan yang terus berbakti walaupun jasanya tidak dikenang, walaupun dia dipersalahkan namun dia tetap membuat kebaikan kepada semua makhluk.

Tetapi dia juga sedar yang dia perlu mencari mataharinya. Seseorang yang dapat menerima dirinya walaupun dia tidak dapat diterima oleh orang disekelilingnya. Matahari yang sentiasi di sisinya pada waktu suka mahupun duka.

Dan yang paling penting, matahari yang dapat membantu dia menyerlah kecantikan dirinya yang dia sendiri tidak pernah lihat.





Deeyan Annuar






Actually aku sendiri tak tahu apa yang aku tulis. Lels. Idea ni datang secara tiba-tiba. Aku sedang cuba nak baiki penulisan aku. Hope this as a fresh start.





Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments










Assalamualaikum w.b.t and Salam Maulidur Rasul.

Saja nak tulis blog disebabkan aku mereputkan rumah tak tau nak buat apa. Siapa sangkan kehidupan lepas SPM ni tersangatlah membosankan. Masa aku belajar dulu kat sekolah, punyalah cepat nak habis sebab tak larat dah nak sumbat dalam kepala ni and stress menggunung buatkan aku rasa macam nak putus asa.

Banyak kali jugak ahh aku rasa macam tu. Aku tau putus asa tu sifat yang tak elok tapi I couldn't help myself feeling that way. Entah lah, benda tu datang tanpa diundang tahu tak. Kadang-kadang kau okay je, bila kau start duduk sensorang memikirkan apa yang kau belajar, macam mana kau nak hadap SPM, apa nasib kau dekat Uni nanti, benda tu akan datang sendiri.

Tapi aku cepat cepat beristighfar. Ingat balik dekat Allah. Ingatkan balik yang aku kejar ilmu ni untuk apa. Aku nak banggakan umat Islam. Dah tak larat nak tengok bangsa lain memonopoli kerjaya. Bukannya nak racist ke apa tau. Tapi kau bangsa Melayu, bangsa majoriti dekat Malaysia. And of course, kau proud Muslim.

Islam galakkan kau tuntut ilmu. Allah janjikan kebaikan dan pahala yang berlipat kali ganda untuk orang yang berusaha tuntut ilmu. Tuntut ilmu disamakan dengan berjihad weh. Betapa tingginya darjat orang yang tuntut ilmu sebab cari ilmu dikira berjihad.

Tapi sekarang bangsa lain yang lagi hebat daripada kita orang Islam. Entah entah nanti, Malaysia ni dah tak jadi negara Islam sebab bangsa lain dah mula nak memonopoli pentadbiran pulak Aku rasa banyak kali dah benda ni bahaskan. Dah berapa banyak ceramah sama ada secara langsung ataupun menggunakan media sosial sebagai medium untuk sampaikan benda ni tapi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri babe!

Aku tau sebab aku sendiri pun student. Betapa payahnya ku nak bangun dari katil empuk kau untuk ke sekolah. Betapa kau doa cikgu-cikgu banyak tak datang sebab malas nak belajar. Betapa seksanya kau nak tahan daripada buat benda yang kau suka sebab kau ada homework to be done. I totally understand that.

Itulah hakikatnya. Kau sebagai pelajar, memang tugas kau study. Nothing else. But it doesn't not mean yang kau tak payah buat benda lain. Kira benda lain tu macam side dish. Study is a must. First priority. Tapi bukan takat belajar je weh, benda lain kena buat jugak.

Buat apa kau belajar bagai nak rak tapi hubungan kau dengan Allah ke laut weh. Takde kurangnya masa belajar kau kalau kau tunggu kejap lepas solat untuk tadarus Al-Quran. Confession: Frankly speaking ahh, aku pun takde lah buat benda ni selalu. And kadang-kadang time nak exam baru aku pecut gear lima untuk buat benda ni. Solat awal waktu, baca Al-Quran, solat sunat selalu. Aku tau aku salah. Nampak sangat aku just buat sebab nak exam. Aku tau yang aku totally wrong. Tapi aku akan try untuk ubah diri aku.

Niat dalam hati. Ikhlaskan diri daam beribadat. Bukan sebab exam semata-mata tapi sebab memang tanggungjawab kau sebagai hamba memang kena beribadat. Sama-samalah kita berubah yaa.

Aku tau nak ikhlaskan diri dalam belajar ni payah. Lagi-lagi dengan ledakan teknologi sekarang. Macam-macam godaan tapi takpa kita try redah sama-sama. Kalau kau ada kawan untuk strive hard together of course kau punya semangat akan lagi membara.

Nak belajar ni kau kena jaga hubungan dengan Allah, manusia dan semua makhluk. Tu jee tips dia. Aky rasa kalau semua manusia excellent dalam benda ni, of course kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Nak belajar akan rasa tenang, pelajar pun takkan rasa stress sangat. Sama sama lah kita usaha untuk kita dan agama, okay?



pic cr: rareandbeautifulwords



Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments




clean-lines:
“ That’s the problem with being born in New York, the old newsman observed a little sadly. You’ve got no New York to run away to.
”







Assalamualaikum w.b.t and Salam Sejahtera.


Actually aku rasa agak kekok nak tulis blog disebabkan aku dah lama gila tak tulis blog. Blog aku sebelum ni dah di-delete-kan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dikongsi. Kawan-kawan aku asyik tanya aku "Weh kau tak tulis blog dah ke?" Aku pulak tak tau nak jawab apa.

Aku ingat dekat blog ni aku nak share pasal penulisan aku, kira first step untuk ambil langkah lagi serius dalam bidang penulisan ni lah. Aku dah lama sebenarnya minat menulis tapi aku lebih cenderung kepada penulisan cerita ahh. Ala ala novel gituu.

Tapi aku punya strongest point bukannya genre romance and stuff, aku lebih kepada thriller and mystery. Benda macam ni lagi payah nak tulis sebenarnya. Kau nak kena cari perfect untuk describe satu crime tu supaya kau punya readers dapat goosebumps bila baca.

Kebanyakkan cerita thriller and mystery yang aku selalu baca dekat Aff, Fixi and kat tempat tempat lain jugak, bagi aku kebanyakkan dia macam tak logik tau dak. Aku kadang kadang macam aikk, tau lah kau pembunuh tapi agak agak lah kau boleh terjun daripada tingkat 5 kondo tapi kau tak cedera langsung.

Aku nak buat satu cerita thriller yang logik, dekat dengan situasi masa sekarang and yang paling penting, ada pengajaran yang aku dapat deliver melalui penulisan aku. Bukan setakat thriller semata mata.

Blog ni macam medium untuk aku kembangkan bakat aku yang tak seberapa ni lah. Adik aku and kengkawan aku ada jugak suruh aku tulis satu story and then hantaar dekat Fixi. Alhamdullilah, cerita tu dalam proses sekarang tapi bapak ahhh, sekali dia datang penyakit malaih dia!! Ya ampun, idea punyalah mencurah curah bagaikan Air Terjun Nirgahana, bila nak menulis, jari ni rasa macam keras.

Aku harap penyakit malaih and writer block aku ni tak tahan lama lah. Bukan apa, takut angan angan Mat Jenin jaa. Buang masa je macam tu. Hahahahahahaa


Kalau sekali malas datang, aku nak bernafas pun kadang kadang malas. Teruk betul.



Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Newer Posts

About me

About Me

Dee. 24. Menulis adalah terapi untuk mengosongkan minda yang serabut.

Image by Freepik

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Blog Archive

  • July 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (2)
  • March 2017 (3)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)

Chatbox

Followers

Created with by ThemeXpose